Terima kasih
Friday, 5 April 2013, ϟ 0 shout(s)
Pelangi petang :D
Pelangi petang,kau begitu indah untuk dimiliki.Namun sukar untuk dicapai.Kehadiran kau tidak bercahaya.Tetapi persona mu cukup indah untuk menarik perhatian setiap mata yang memandang.Kau datang selepas hujan membasahi bumi dan terus bersinar tanpa ragu.Hingga saat kau pergi,masih mampu meninggalkan tawa kepada mereka yang kau tinggalkan.
Seumpama dirimu kau datang saat pipi ini dibasahi linangan air mata.Kau umpama pelangi yang hadiri selepas hujan dan terus memberi aku sinaran itu.Memberi aku semangat untuk bangkit semula.Mengajar aku erti sebuah kehidupan.Memahami aku tentang hidup yang perlukan respect terhadap orang lain.Walaupun perkenalan yang ditakdirkan hanya untuk sedetik,aku bersyukur kerana diberi peluang berjumpa dengan mu.Dan setelah takdir memutuskan pertalian yang pernah terbina.Aku masih mampu mengukir seyuman saat terkenang perkara gila yang kita lakukan.
*Capital S*
"Kebahagian adalah milik mereka yang mempunyai impian dan keberanian untuk berusaha menjadikannya kenyataan"
0 comment(s) new past